Travel blogs by Travellerspoint

AUSTRALIA i'm Coming To You Again

Next Destination Melbourne & Sydney

snow 10 °C

==Australia, We are go Together==

25-29 April 2012
setelah perancangan yang lama, kami berempat iaitu Saya sendiri, Nazarudin, Afirahimi dan Farid.. sebagai kaki travel yang tahap amatur untuk di transfer kepada hardcore. Bermula daripada lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu ke Terminal Tambang Murah Air-Asia (LCCT) dan seterusnya ke Tullemarine, Melbourne Airport dan terus ke Sydney Airport memang merupakan perjalanan yang memenatkan dan panjang. Setelah satu hari dikorbankan bergitu saja di dalam kapal terbang, destinasi kami akhirnya di depan mata.
saya tidak mahu bercerita panjang hal2 dalam negara, tetapi lebih fokus kepada di Australia (Selepas ini disebut Aussie). Melalui Air-Asia X tambang murah, everyone can fly telah dan memang mencapai hasrat sy dan rakan2 untuk menjejaki kaki ke negara Kanggaro ini sekali lagi. Bertolak dari LCCT ke Tullemarine mengambil masa 8jam, memang memboringkan. Bermula jam 1.30pm dan sampai di sana dalam 12am (26 April - anggaran kasar) waktu Aussie, tetapi waktu malaysia dalam lingkungan pukul 10 malam. Syukurlah, setibanya di Tullemarine Airport, tidak banyak karenah seperti di Gold coast dulu... kali ini hanya di masukkan di dalam bilik khas dan dibuat pemeriksaan menggunakan anjing. masa hanya 10minit lebih kurang macam itu jer. Lega hati bila semua selesai dalam pemeriksaan itu.
Pada jadual asal, kami sepatutnya berangkat ke Malaysia Hall Melbourne, tetapi jadual berubah beberapa bulan lalu, pada asalnya kami ingin "stay" di Melbourne sahaja, tetapi alang2 datang ke Aussie, so kami ubah plan ke Sydney, sebab nak datang sini bukan lah sesuatu yang mudah.

perancangan, 1. menaiki bas dari melbourne ke sydney, tetapi tiket memang mahal,
perancangan, 2 . menaiki keretapi tetapi tiketnya 2 kali ganda lebih mahal dari bas, both transport memerlukan masa 8 jam juga untuk sampai di sana.
perancangan, 3. menaiki jet star, tetapi harganya juga tinggi tapi lebih murah dari bas dan keretapi
perancangan, 4. terjumpalah satu kapal terbang rate harga murah iaitu Tiger Airways. iaitu dalam Aud60.
perancangan yang di buat untuk menaiki bas dan keretapi adalah kerana kami mahu penjimatan dalam penyewaan hotel, kerana sudah tentu kami akan bermalam di dalam bas atau keretapi, dan trip kali ini,

Melbourne Tullemarine Airport, seperti airport2 lain di seluruh dunia, ada tempat simpan bagasi, cafe, money exchange, telefon, dan ada kemudahan internet berbayar (Aud2 selama 20minit), tapi semua wifi berbayar, dan paling istimewa di sini ialah ada di sediakan "prayer room" for muslim, tetapi wudhu (air sembahyang) kena ambik dalam tandas - basuh kaki dalam sinki, sedia maklum, tandas di negara orang putih ni, tiada paip disediakan bersebelahan mangkuk tandas, so pandai2 lah...
serba sedikit berkenaan Melbourne. suhu boleh cecah 10 darjah celcius sehingga 16 darjah celcius mengikut waktu tertentu, misalnya, subuh, pagi, tengahhari, petang dan malam, suhu berubah-ubah. kalau tengahhari, matahari dingin, dan masih memerlukan baju yang tebal bagi orang yang tidak biasa dengan keadaan sejuk, dan kalau malam jangan cuba2 memakai singlet dan seluar pendek. kerana cuacanya lebih sejuk daripada Goldcoast atau Darwin (north Aussie).
Jom Baca cerita kronologi pula, dan selanjutnya akan diceritakan dalam gambar2 di bawah.

26 April, pagi, setibanya sampai di Tullemarine Melbourne Airport, MCo dan rakan2 cuma berehat di situ kerana menunggu kapal terbang seterusnya ke Sydney. Flight pukul 6 pagi waktu tempatan. (cuaca masa ini sangat sejuk di tambah dengan hujan renyai-renyai berkabus).

26 April, 6 pagi kami bertolak dari Melbourne ke Sydney dengan Tiger Airway, penerbangan memakan masa dalam 1 jam 30 minit.
setibanya di Airport, kami berempat menaiki teksi ke Opera House, di mana tujuan utama kami ke Sydney. total cost sebuah teksi ialah (plus minus) Aud20, memakan masa dalam 20minit dengan keadaan jalan yang normal dan kelajuan cecah 80km/j.
kami di Opera House, bergambar dalam pelbagai sudut, pelbagai lokasi (akan di tunjukan dalam gambar seterusnya nanti dan akan digambarkan melalu peta), Perjalanan kami ini mengambil semua masa siang di sekitar Opera House, (waktu siang yang pendek) (6 pagi dah nampak cahaya matahari, dan sunset 3.30pm.)
sekali lagi, daripada sini (sekita opera house) kami menaiki teksi ke Malaysia Hall (MHS), Sydney dengan kos Aud20. (masa ini rate tukaran asing Aud1 - RM3.30).

Malaysia Hall, Sydney adalah berdekatan dengan New South West Universiti (20 minit perjalanan dari MHS ke NSWU).
kat MHS ni, pengurusan nampak friendly, student pun ok, dan malam kami tidak ke mana2 memandangkan MHS ni terletak di kawasan perumahan, dan jauh dari kedai2, pejabat2 dan tempat2 hiburan.
27 April, pagi, Farid, Naza dan Afi, hanya berjalan2 dan bergambar di sekitar MHS dan NSWU, tidak mengambil masa yang panjang sebab hari ini juga kami akan berangkat ke Melbourne.
1.30 tengahari, kami sekali lagi ke airport daripada MHS dengan teksi (kos Aud30)
4.00 petang (lebih kurang) kami sampai lagi di Tullemarine Airport.
dari sini kami menaiki Skybus (bas panjang). daripada airport ke hentian terakhir iaitu Southern Cross Station (dekat dengan Etihad Stadium), dengan kos Aud17 seorang. kami plan nak ambik taxi dari airport ke Malaysia Hall Melbourne (MHM), dan kosnya ialah dalam Aud60, tetapi kami tidak digalakan menggunakanya oleh pengawal teksi di situ, memandangkan pada masa itu adalah waktu orang balik kerja, dan jalan jem, manakala teksi pakai meter mengikut masa (fulamaaakk meter dia bergerak mcm air, laju giler). so tidak mahu ambik risiko kami ambik lah skybus.

daripada Southern Cross Station kami jalan kaki ke suatu tempat (boleh di kategori jauh gak, nak kata penat tu penat gak, tapi enjoy) untuk cari laluan ke MHM dan di tanya orang, boleh sampai sana menaiki train (di kenali atau di sebut Trams). - iaitu sejenis keretapi atau mcm LRT tapi di jalan raya (akan di tunjukan di dalam gambar dan ceritanya mengenainya).
di pendekan cerita, sebenarnya kedatangan kami ke Melbourne ni mempunyai satu misi kecil iaitu menghantar sedikit barang keperluan kepada anak kepada salah seorang bos kami di pejabat, dan di sini di Melbourne Aquarium bersebelahan dengan Batman Park, kami tunggu anak bos kami itu dan setibanya dia di situ, dia lah yang bawa kami terus ke stesen Trams untuk ke MHM. dan hari2 seterusnya dialah yang menjadi "tourist guild" kami. seperti yang di katakan, berjalan memang memenatkan dengan penuh barang2 yang di bawa tetapi enjoy.
malam, kami check in di MHM dan kami keluar lagi ke pusat tumpuan utama di ibu kota Melbourne, - hentian Trams name Federal Station dan tempat tu di kenali Flindar Street dan mempunyai bangunan lama yang bersejarah dan juga salah satu Landmark Melbourne (Flinder Street Station) - akan diletakkan dalam gambar. balik ke MHM jam 3pagi waktu tempatan,(sebab tiket trams kami valid untill 3am sahaja).

28 April, pagi lagi kami berempat telah berjanji dengan si anak bos (selepas ini di sebut Shalia), iaitu di hentian Trams no. 1. iaitu hentian Melbourne University. di sini lah kami berjumpa dengan Shalia, dia bawa sedikit nasi goreng untuk sarapan kami.
tempat2 yang Shalia bawa kami ialah

1. Queen Victoria Market - tempat shopping
2. Hourbour Town - tempat shopping barang2 branded
3. Melbourne University untuk solat dan sesi bergambar
4. malam - makan aiskrim, dan shopping di mall, lalu di sekitar restoran2 kecil yang dipelopori oleh masakan2 dari pelbagai negara eropah, termasuk itali, perancis, lebanon, dll.
5. dataran Flinder

magrib, kami pulan ke MHM dan pukul 10 tempatan kami pergi lagi di Flinder Street tu, untuk malam penghabisan di kota Melbourne.
29 April, seawal 5 pagi waktu tempatan, kami menaiki teksi dari MHM ke Tullemarine airport, masa yang di ambik 25minit dengan kelajuan 80-100km/j, dengan kos Aud60. ini waktu pagi di mana kereta di atas jalan raya masih kurang, jika ada traffic jem, maybe makan masa lama dan kos maybe meningkat.

3.30petang (waktu Malaysia) sampai di LCCT..
untuk lebih ghairah, join sy dalam photo exporasi, klik picture untuk enlarge dan seperti yang lepas2 yang pernah mengikut blog MCo sebelum ini, sudah pasti tahu, kebanyakan gambar ini tak ikut kronologi, walaubagaimana pun Saya akan cuba sedaya upaya untuk susun ikut urutan dan turutan, kekeke.... dan maybe ada gambar sama di lokasi yang sama, mana2 gambar yang tiada di sini, maybe kena tunggu untuk Verse ke 2, iaitu "Panorama dari Kanta Sebelah"

Posted by wafieadha 30.04.2012 14:46 Archived in Australia Tagged melbournesydneyaustralia Comments (0)

.....Ia Kembali

Ihya'Ya Ramadhan....

sunny 32 °C

==AsSalam Sahabat ku....==

...Ia Kembali. Ramadhan kini Kembali menemui Umat islam di seluruh Dunia. Ia Dinanti dengan penuh Kesabaran agar ia Mampu memberi lebih Ganjaran berbanding bulan-Bulan lain. Ramadhan Dihiasai Terawih Dimalam Hari. Mendekatkan Umat Islam Di Rumah Allah. Puasa di siang Hari. Menahan diri Dari lapar dan Dahagaserta perkara-perkara yang boleh membatalkanya.

...Ia Kembali memberi sinar dan Haran kepada semua.

Saya Wafie Adha Mengambil Kesempatan untuk Mengucapkan Salam Ramadhan Kepada semua Sahabat Ku di dunia ini. Selamat menjalani Ibadah Puasa dengan Sempurna. Selamat Beramal.

salam-ramadhan.jpg

Posted by wafieadha 20:02 Archived in Malaysia Tagged fastingramadhan Comments (1)

SAHABAT.......

Kau Warnai Perjalanan Hidupku.

sunny 30 °C

As Salam & Selamat Petang.

Hari nie mood Aku okey Sikit. baru habis Meeting. Tak tahu nak Buat apa. so I write a New Post. Today My Title for My JOURNEY adalah SAHABAT. Atau dalam Bahasa Inggeris di Sebut FRIEND. Sahabat adalah Insan yg sentiasa bersama Kita setiap masa. Tak kira di bangku sekolah mahupun di kala kita di alam Bekerja Sahabat adalah org yg paling hampir dengan kita. Sahabat lama atau baru tak kira. Asalkan Ianya Ikhlas berkawan dengan kita. Kerana diri kita. bukan kerana Harta mahupun Pangkat kita. Sungguh Mudah mencari Kawan atau sahabat dikala Gembira. tapi Kawan Atau Sahabat di kalah Duka hanya mampu dihitung sebelah tangan. ini lah realiti kehidupan di Alaf 21. sukar mencari kawan yang setia. tapi Alhamdulillah aku bertuah kerana diKurniakan sahabat yg Sentiasa membuatkan ku Gembira. Syukur Padamu Ya Allah atas Kurniaan mu Memberi aku Sahabat yg sentiasa mendampingi KU.

puisi-sahabat.jpg

Ingin Terus Bersamamu...

Sahabat, walau apa yang berlaku. aku ingin terus bersamamu. bersama mengharungi kehidupan sementara ini. di kala Kamu berduka, aku cuba menggembirakan mu, Di kala Kamu gembira Aku terus membiarkan mu Ketawa ceria. sahabat, hidup ini Ibarat lilin. Satu hari ia akan Padam pergi membawa sumbu pergi. tiada lagi batuan utk menyalakanya. berakhir sebuah kehidupan kita yang di panggil MATI. Perginya kita meninggalkan kenangan. kenangan yang Terindah. Sahabat Jika Aku yang pergi dahulu Meningalkan Gelanggang Kegembiraan mu... Kau Kenanglah Daku Sampai bila-bila. aku Tiada nama Besar utk di Kenangkan Seperti org lain. sekadar Teman Biasa yg membawa warna Indah dalam Satu kehidupan. aku Juga Insan lemah yang mungkin mengguris hati & melakukan kesilapan tanpa disedari. hanya Ungkapan MAAF yang aku sampaikan jika telah Membuat hati Kecil mu Terguris. MAAFKAN AKU SAHABAT.

sahabat.jpg

Aku Dan Sahabat..
Adakah anda mempunyai sahabat? Ramaikah di luar sana yang anda gelarkan mereka ‘sahabat’ bagi anda? Atau ianya hanya sekadar sebutan yang keluar dari mulut anda semata-mata tanpa anda mengetahui siapakah sahabat anda sebenar? Sahabat yang baik pasti akan ada untuk kita di saat tangis serta duka. Sahabat yang baik pasti akan selalu meminjamkan telinganya kepada kita apabila kita memerlukan tempat untuk meluahkan ketidakpuasan hati atau sebaliknya. Sahabat yang baik tidak akan hadir di waktu kita senang sahaja. Sahabat yang baik akan berkongsi kepayahan serta tawa riang kehidupan bersama-sama. Adakah anda mempunyai sahabat? Sahabat aku silih berganti. Sudah menjadi adat manusia bahawa setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan. Setiap detik yang aku alami bersama mereka tidak akan aku lupakan. Segala saat-saat indah serta duka yang aku tempuhi bersama mereka dari kecil hingga dewasa tidak akan aku biarkan ianya terbang melayang dari fikiran aku. Sahabat yang silih berganti inilah yang telah mengajar aku erti kehidupan sebenar. Mereka mengingatkan aku kembali bahawa hidup ini bukan mudah apabila kita berseorangan. ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Aku bersyukur kepada tuhan, setiap suka duka yang aku tempuhi dalam ranjau kehidupan selama ini, tidak pernah ada manusia yang aku namakan ‘sahabat’ hilang atau terkikis dari kamus hidup aku ini. Mereka sentiasa ada apabila aku memerlukan mereka, merekalah sahabat sejati. Walaupun ianya belum pasti kekal buat selama-lamanya, aku tetap bertuah kerana kantung menyimpan sahabat aku tidak pernah bocor untuk membiarkan sahabat-sahabat aku mengalir keluar. Setiap yang pergi akan ada pengantinya. Walaupun ianya bukan satu kepastian, tetapi bagi aku, ianya sudah lebih dari mencukupi untuk kita bersama-sama menempuhi kehidupan yang akan datang. Mereka bukan dikurniakan untuk kita sekadar sampingan sahaja. Mereka umpama berlian yang berada di tengah-tengah berjuta serpihan kaca. Ini tidak bererti sahabat yang lama aku akan lupakan, sahabat lama akan terus hidup, subur serta mekar dalam ingatan aku sepanjang zaman. Sahabat bagi aku amatlah bermakna dan ya, aku mempunyai sahabat. Adakah anda mempunyai sahabat?

IMPIAN ku Bersama Sahabat......

Jika diberi peluang. Aku ingi Meneruskan MY Journey bersama Mu sahabat. Bercuti dan Bersuka ria. dikala Kepala kita kusut memikirkan tanggungjawab yang sentiasa hadir dalam hidup kita. Aku menanti Saat itu. Travel jauh membawa Kegembiraan. Bila dan Dimana destinasi akan kita Fikirkan kemudian.

sahabat-sejati.jpg

Sahabat.....

Sampai disini dahulu. Coretan aku Tentang dirimu. Tentang SAHABAT KU. insyaAllah sehingga kita terus Kekal KE akhir Hayat. SAHABAT KAU LAH SEGALANYA.

Sekian.

Posted by wafieadha 21:40 Archived in Malaysia Tagged sahabatkawanfriends_forever Comments (0)

Budget accommodation in Malaysia

Read reviews from other Travellerspoint members.

HELLO....

Welcome to My New Travel Blog

large_0907041319..avel_n_.jpg

As Salam & Good Evening Guys. My Name is ==Wafie== From Malaysia.

Today I created My New Travel Blog From Travellerspoint. ==I LOVE TRAVEL.====Your heading here...== Travel is Fun. so This is my First Post at here. Nothing to write more. because it my First time here. no more Idea to Creat.

Guilin_20China.jpg

Have Fun Guys. i will Update my Blog soon. with Sweet Memories at This WORLD.

travel-insurance2.jpg

Posted by wafieadha 23:56 Archived in Malaysia Comments (0)

(Entries 1 - 4 of 4) Page [1]