SAHABAT.......
Kau Warnai Perjalanan Hidupku.
16.02.2011
30 °C
As Salam & Selamat Petang.
Hari nie mood Aku okey Sikit. baru habis Meeting. Tak tahu nak Buat apa. so I write a New Post. Today My Title for My JOURNEY adalah SAHABAT. Atau dalam Bahasa Inggeris di Sebut FRIEND. Sahabat adalah Insan yg sentiasa bersama Kita setiap masa. Tak kira di bangku sekolah mahupun di kala kita di alam Bekerja Sahabat adalah org yg paling hampir dengan kita. Sahabat lama atau baru tak kira. Asalkan Ianya Ikhlas berkawan dengan kita. Kerana diri kita. bukan kerana Harta mahupun Pangkat kita. Sungguh Mudah mencari Kawan atau sahabat dikala Gembira. tapi Kawan Atau Sahabat di kalah Duka hanya mampu dihitung sebelah tangan. ini lah realiti kehidupan di Alaf 21. sukar mencari kawan yang setia. tapi Alhamdulillah aku bertuah kerana diKurniakan sahabat yg Sentiasa membuatkan ku Gembira. Syukur Padamu Ya Allah atas Kurniaan mu Memberi aku Sahabat yg sentiasa mendampingi KU.

Ingin Terus Bersamamu...
Sahabat, walau apa yang berlaku. aku ingin terus bersamamu. bersama mengharungi kehidupan sementara ini. di kala Kamu berduka, aku cuba menggembirakan mu, Di kala Kamu gembira Aku terus membiarkan mu Ketawa ceria. sahabat, hidup ini Ibarat lilin. Satu hari ia akan Padam pergi membawa sumbu pergi. tiada lagi batuan utk menyalakanya. berakhir sebuah kehidupan kita yang di panggil MATI. Perginya kita meninggalkan kenangan. kenangan yang Terindah. Sahabat Jika Aku yang pergi dahulu Meningalkan Gelanggang Kegembiraan mu... Kau Kenanglah Daku Sampai bila-bila. aku Tiada nama Besar utk di Kenangkan Seperti org lain. sekadar Teman Biasa yg membawa warna Indah dalam Satu kehidupan. aku Juga Insan lemah yang mungkin mengguris hati & melakukan kesilapan tanpa disedari. hanya Ungkapan MAAF yang aku sampaikan jika telah Membuat hati Kecil mu Terguris. MAAFKAN AKU SAHABAT.

Aku Dan Sahabat..
Adakah anda mempunyai sahabat? Ramaikah di luar sana yang anda gelarkan mereka ‘sahabat’ bagi anda? Atau ianya hanya sekadar sebutan yang keluar dari mulut anda semata-mata tanpa anda mengetahui siapakah sahabat anda sebenar? Sahabat yang baik pasti akan ada untuk kita di saat tangis serta duka. Sahabat yang baik pasti akan selalu meminjamkan telinganya kepada kita apabila kita memerlukan tempat untuk meluahkan ketidakpuasan hati atau sebaliknya. Sahabat yang baik tidak akan hadir di waktu kita senang sahaja. Sahabat yang baik akan berkongsi kepayahan serta tawa riang kehidupan bersama-sama. Adakah anda mempunyai sahabat? Sahabat aku silih berganti. Sudah menjadi adat manusia bahawa setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan. Setiap detik yang aku alami bersama mereka tidak akan aku lupakan. Segala saat-saat indah serta duka yang aku tempuhi bersama mereka dari kecil hingga dewasa tidak akan aku biarkan ianya terbang melayang dari fikiran aku. Sahabat yang silih berganti inilah yang telah mengajar aku erti kehidupan sebenar. Mereka mengingatkan aku kembali bahawa hidup ini bukan mudah apabila kita berseorangan. ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Aku bersyukur kepada tuhan, setiap suka duka yang aku tempuhi dalam ranjau kehidupan selama ini, tidak pernah ada manusia yang aku namakan ‘sahabat’ hilang atau terkikis dari kamus hidup aku ini. Mereka sentiasa ada apabila aku memerlukan mereka, merekalah sahabat sejati. Walaupun ianya belum pasti kekal buat selama-lamanya, aku tetap bertuah kerana kantung menyimpan sahabat aku tidak pernah bocor untuk membiarkan sahabat-sahabat aku mengalir keluar. Setiap yang pergi akan ada pengantinya. Walaupun ianya bukan satu kepastian, tetapi bagi aku, ianya sudah lebih dari mencukupi untuk kita bersama-sama menempuhi kehidupan yang akan datang. Mereka bukan dikurniakan untuk kita sekadar sampingan sahaja. Mereka umpama berlian yang berada di tengah-tengah berjuta serpihan kaca. Ini tidak bererti sahabat yang lama aku akan lupakan, sahabat lama akan terus hidup, subur serta mekar dalam ingatan aku sepanjang zaman. Sahabat bagi aku amatlah bermakna dan ya, aku mempunyai sahabat. Adakah anda mempunyai sahabat?
IMPIAN ku Bersama Sahabat......
Jika diberi peluang. Aku ingi Meneruskan MY Journey bersama Mu sahabat. Bercuti dan Bersuka ria. dikala Kepala kita kusut memikirkan tanggungjawab yang sentiasa hadir dalam hidup kita. Aku menanti Saat itu. Travel jauh membawa Kegembiraan. Bila dan Dimana destinasi akan kita Fikirkan kemudian.

Sahabat.....
Sampai disini dahulu. Coretan aku Tentang dirimu. Tentang SAHABAT KU. insyaAllah sehingga kita terus Kekal KE akhir Hayat. SAHABAT KAU LAH SEGALANYA.
Sekian.
Posted by wafieadha 21:40 Archived in Malaysia Tagged sahabatkawanfriends_forever







